Berita

Pastikan BN Terus Teguh Menjelang PRU

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan masyarakat khususnya anggota jentera parti untuk terus memperteguh dan memperkukuh Barisan Nasional (BN) untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini.

Katanya, ruang yang ada ini perlu dimanfaatkan untuk memastikan setiap anggota masyarakat memainkan peranan dalam membantu kemenangan BN.

Beliau berkata demikian dalam masyuarat bersama Ketua Cawangan, Ketua, PDM dan Ketua Portfolio dalam PDM yang diadakan di Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya pada 31 Mac 2013 (Ahad).