Berita

Hargai Usaha BN Lestarikan Pembangunan, Tolak Agenda Pembangkang

KUALA LUMPUR, 17 April – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak rakyat untuk menilai, menyelami dan mensyukuri setiap apa yang dinikmati oleh masyarakat hari ini dengan tekad untuk memastikan bahawa kemajuan dan pembangunan yang ada akan diteruskan dengan mandat kepada BN sebagai terjau kerajaan.

Beliau yang juga calon BN Parlimen Putrajaya berkata demikian dalam perjumpaan bersama Sukarelawan Siswa4U yang diadakan di Kelab Tasik pada 17 April 2013 (Rabu).

“Kerajaan amat menghargai usaha semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan dalam masa yang sama mengumpulkan sukarelawan bagi memberi penjelasan berkaitan isu-isu semasa yang menjadi bahan propaganda segelintik pihak,” katanya.