Sokongan Rakyat Mantapkan Kesinambungan Pembangunan Putrajaya
PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru masyarakat agar sentiasa berusaha meneruskan kelestarian kawasan yang menjadi kebanggaan negara berkekalan.
Katanya, menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan kawasan Putrajaya ini terus sejahtera dan sentosa sebagaimana hasrat dan wawasan mewujudkan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan.
“Bukan hanya berbangga malah tentunya kita bersyukur kerana kita berada di kota yang gah ibarat taman khayalan bagi pengunjung luar yang datang ke sini. Putrajaya ibarat sebuah kota yang lengkap dengan pelbagai kemudahan selain pemandangannya yang menakjubkan,” katanya.
Justeru beliau mengingatkan semua warga Putrajaya untuk terus bersama-sama memberikan sokongan kepada kerajaan agar kesinambungan pembangunan dari segi fizikal dan mental akan berterusan.