Berita

Silaturahim Aidilfitri Dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Kantan

PUTRAJAYA – Kemeriahan Aidilfitri diaplikasi dalam Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Cawangan Kantan yang berlangsung di Dewan Blok E, Fasa 6, Presint 9 dengan kehadiran ahli-ahli UMNO cawangan terbabit dan penduduk setempat pada 30 Ogos 2013 (Jumaat). Di samping anggota UMNO berkumpul dan bertukar-tukar idea bagi memperkukuh parti, ikatan silaturrahim dijalin dalam suasana Aidilfitri yang masih terasa. Mesyuarat Agung tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Khairudin Samad selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya.