Berita

Tahniah, Datuk Khairuddin Abd Samad Dilantik Senator

PUTRAJAYA – Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Putrajaya, ahli-ahli UMNO dan warga tempatan mengucapkan tahniah kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Khairuddin Abd Samad yang telah dilantik sebagai Senator Dewan Negara dengan upacara mengangkat sumpah telah disempurnakan pada 7 Oktober 2013 (Isnin). Upacara angkat sumpah tersebut disempurnakan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang. Selain beliau, tiga lagi dilantik menjadi Senator iaitu Datuk Ali Rustam, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Batu, Datuk Yahaya Mat Ghani dan Exco Pemuda UMNO, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.