Majlis Kenduri Rakyat Aidiladha di Putrajaya
PUTRAJAYA – Menjelang Aidiladha yang akan disambut pada Selasa, 15 Okt (10 Zulhiah), Parlimen Putrajaya dengan kerjasama UMNO Bahagian Putrajaya akan mengadakan ‘Majlis Kenduri Rakyat Aidiladha’ membabitkan penyempurnaan ibadah korban.
Majlis tersebut akan diadadakan di Surau Al-Furqan, Presint 11 yang akan disertai oleh Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama-sama AJK bahagian dan para penduduk tempatan bermula jam 12.00 tengahari. Sehubungan itu, semua warga tempatan dijemput untuk bersama-sama menjayakan ibadah korban dan melakar kesinambungan kerjasama dalam masyarakat sebagai satu keluarga besar.