Majlis Khatan Beramai-Ramai Parlimen Putrajaya
PUTRAJAYA – Cuti persekolahan yang telah bermula diisi dengan acara tahunan Parlimen Putrajaya apabila Majlis Khatan beramai-ramai dibuat yang disertai seramai 141 orang kanak-kanak. Majlis yang berlangsung meriah dengan dimulakan acara perarakan telah disertai oleh Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga merangkap Menteri Wilayah Persekutuan. Dalam ucapannya beliau mengajak rakyat agar menghargai kesejahteraan dan keamanan yang ada agar generasi akan datang turut sama dapat merasai kedamaian dan kelestarian negara hari ini. Beliau juga turut menghargai peranan ibu bapa yang sentiasa mengutamakan tanggungjawab terhadap anak-anak. Majlis tersebut diadakan pada 24 Niv 2013 bermula seawall jam 8 pagi di Dewan Kejiranan Presint 11.
You must be logged in to post a comment.