Perwakilan UMNO Putrajaya Dirai Dalam Majlis Makan Tengahari
KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meluangkan masa bersama-sama para perwakilan Putrajaya ke Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Setiausaha Agung UMNO meraikan para perwakilan Putrajaya dengan makan tengahari bersama-sama yang berlangsung di Perdana Lounge, PWTC. Dalam masa yang sama, beliau turut melahirkan kegembiraan kerana persidangan berlangsung lancar dan para perwakilan Putrajaya mengambil tempat bersama-sama perwakilan dari seluruh negara untuk memanfaatkan waktu mendengar perbahasan dan input-input untuk memperkukuh parti.
You must be logged in to post a comment.