Berita

Misi Bantuan Bencana Banjir Jadi Keutamaan UMNO Putrajaya

PUTRAJAYA – Keprihatinan terhadap kesusahan orang lain apatah lagi dalam menghadapi bencana yang menimpa menjadi sandaran kepada UMNO Bahagian Putrajaya untuk menggerakkan misi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Gerakan misi tersebut bertolak pada 6 Dis dengan bertumpu di kawasan Termerloh. Misi tersebut dianggotai sukarelawan Pemuda UMNO Putrajaya yang membawa bersama barang-barang keperluan harian khususnya makanan seperti beras, air mineral dan lain-lain lagi untuk diberikan kepada mangsa banjir di kawasan terbabit. Temerloh menempatkan enam pusat pemindahan yang membabitkan hampir 500 orang mangsa.

IMG-20131207-WA0012

IMG-20131207-WA0013

IMG-20131207-WA0014

IMG-20131207-WA0018