Berita

Jadikan Kebersihan Matlamat Utama, Hapuskan Aedes Untuk Elak Denggi

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru masyarakat untuk meningkatkan usaha bagi memastikan kebersihan berada di tempat utama kerana dengan perkara tersebut kesihatan dan kesejahteraan keluarga dapat disemai.

Katanya, sewajarnya rakyat mengambil iktibar dan menjadikan pepatah mencegah lebih baik dari mengubati.

“Kita perlu sama-sama ambil tindakan untuk pastikan persekitaran kita bersih dan tidak ada ruang untuk nyamuk aedes membiak.

“Cuaca panas sekarang akibatkan kes denggi meningkat. Oleh itu, saya mohon semua pihak untuk sama-sama turun padang dan pastikan kebersihan jadi keutamaan. Ini tanggungjawab kita bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program gerak gempur nyamuk aedes anjuran Jabatan Kesihatan Putrajaya di Presint 11 di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noorhisham Abdullah dan Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Dr Aseh Che Mat.
1014065_601886289899367_1810501360_n

1656115_601885999899396_1484981217_n

1656276_601886236566039_1358440279_n

1920166_601886266566036_1919113171_n