Berita

Selamat Bersidang UMNO Cawangan Putrajaya

PUTRAJAYA – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Ahli Parlimen tempatan telah merasmikan Majlis Persidangan Serentak Cawangan-cawangan UMNO Bahagian Putrajaya 2014 yang berlangsung dengan jayanya di Dewan Serbaguna, Kementerian Wilayah Persekutuan malam ini (31 Mac 2014).

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya menyeru anggota parti untuk memperkukuh parti dengan menyelami asas dan tujuan penubuhan UMNO.

“Semoga dengan persidangan di peringkat akar umbi ini, ahli-ahli parti akan dapat memahami perjuangan, asas dan tujuan UMNO ditubuhkan.

“Selamilah perjuangan UMNO yang dibina oleh pemimpin terdahulu untuk diwarisi oleh generasi hari ini. Inilah parti yang benar-benar berjuang demi agama, bangsa dan negara,” tegasnya.

Ujar beliau, generasi muda perlu bijak menilai dan tahu membezakan perkara-perkara negative yang dilakukan oleh pihak pembangkang dengan niat untuk meruntuhkan UMNO yang menjadi tunjang perjuangan bangsa Melayu.

“Janganlah sesekali kita biarkan pihak tak bertanggungjawab yang berniat buruk sengaja menabur fitnah dan merosakkan perjuangan yang menjadi landasan untuk kita dulu kini dan selamanya.”

Beliau juga meminta anggota cawangan agar menjadikan mesyuarat yang bakal diadakan sebagai platform terbaik mendekati masyarakat tempatan yang menjadi peyokong perjuangan parti.

Selamat bersidang para perwakilan sekalian!

DSCN1306

DSCN1315

DSCN1318

DSCN1320

DSCN1367

IMG_4832

IMG_4833

IMG-20140331-WA0004

IMG-20140331-WA0006

IMG-20140331-WA0007

IMG-20140331-WA0008

IMG-20140331-WA0014