Perkukuh Silaturrahim Melalui Majlis Sambutan Hari Lahir
PUTRAJAYA – Majlis sambutan hari lahir beramai-ramai yang menjadi ‘trademark’ kepada warga tempatan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Majlis tersebut berlangsung meriah dengan suasana kekeluargaan bersama-sama pemimpin dan para pengundi di Cawangan Bunga Lavender, Bunga Tulip dan Bunga Melor.
Dalam ucapannya, Tengku Adnan telah melahirkan penghargaan kepada penduduk tempatan yang sentiasa menyokong usaha berterusan kerajaan dan UMNO dalam membangunkan agenda besar untuk agama, bangsa dan negara.
Seramai 150 orang warga tempatan bersama-sama menjayakan majlis tersebut yang berlangsung di di perkarangan Surau Al-Amin Presint 8 pada 7 April 2014 (Isnin).
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah isteri beliau, Datin Seri Anggriani Sentiyaki yang bersama-sama menyampaikan cenderahati kepada anggota masyarakat yang diraikan.
You must be logged in to post a comment.