Berita

Rakyat Dirai, Pemimpin Dihargai: UMNO Putrajaya Terus Diperkukuh

PUTRAJAYA – Keprihatinan kepimpinan tempatan dalam usaha mendekati masyarakat umum khususnya pengundi yang sentiasa memberi sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) terserlah sebagaimana usaha berterusan meraikan mereka dalam pelbagai majlis. Ini direalitikan oleh Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang meraikan ulang tahun kelahiran para pengundi di UMNO Cawangan Bunga Ros, Bunga Padi, Bunga Kemboja, Bunga Kosandra dan Bunga Cenderawasih.

Dalam ucapannya, beliau melahirkan penghargaan kepada setiap individu yang hadir dan berterima kasih kepada mereka kerana sentiasa memberikan sokongan kepada BN dan kerajaan khususnya dalam memastikan agenda perjuangan agama, bangsa dan negara tercapai.

Turut hadir memeriahkan majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna Fasa 4A Presint 11 tersebut ialah isteri beliau, Datin Seri Anggriani Sentiyaki.
IMG_6381

IMG_6459

IMG_6462

IMG_6469

IMG_6474

IMG123