Rencana

Semoga Dikurniakan Kesihatan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan merangkap Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah meluangkan masa untuk menziarahi anggota UMNO Cawangan Bunga Ros yang uzur di rumahnya. En. Mohd Azam telah disahkan mengidap sakit saraf sejak setahun lalu dan kini terlantar di rumahnya di Fasa 4A, Presint 11. Tengku Adnan dan ahli-ahli UMNO mendoakan kesejahteraan dan semoga En. Mohd Azam disembuhkan dari kesakitan yang dialami.