Berita

Hargai Keamanan, Perkukuh Muafakat Untuk Kesejahteraan Bersama

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan merangkap Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru masyarakat tempatan untuk terus bersama-sama menghargai kesejahteraan dengan keseluruhan anggota masyarakat dapat melakukan aktiviti harian tanpa rasa gelisah dengan situasi semasa di sekelilingnya.

Ujar beliau, kita sewajarnya menjadikan negara-negara luar yang penuh dengan pergolakan sebagai contoh lantaran ketidakstabilan politik yang berlaku mengakibatkan rakyat hidup dalam keadaan tidak tenteram.

“Kita di Putrajaya ini misalnya dapat melakukan pelbagai aktiviti dengan aman dan bersama-sama dalam suasana kekeluargaan yang mana ia perlu terus dikekalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Sambutan Hari Lahir Cawangan Bunga Tanjung, Bunga Teratai, Bunga Alamanda dan Bunga Seroja yang diadakan pada 15 April 2014 bertempat di Dewan Serbaguna Blok Presint 16.

Dalam majlis tersebut seramai 290 orang pengundi telah diraikan termasuk pemberian cenderahati oleh beliau dan juga isterinya, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki.

Dalam kesempatan tersebut, beliau turut melahirkan penghargaan atas kehadiran khalayak dalam menjayakan majlis kekeluargaan tersebut selain mengucapkan selamat hari lahir dan berdoa agar Allah SWT kurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada semua dan terus bersama-sama bersatu padu berusaha memastikan negara berada dalam keadaan aman, maju dan harmoni.

IMG_6991

IMG_7097

IMG_7108

IMG342

IMG345

IMG453