Berita

Fiesta Riuh Sakan Bantu Promosikan Putrajaya – Tengku Adnan

PUTRAJAYA – Fiesta Riuh Sakan anjuran akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! harus diteruskan pada masa depan dalam membantu mempromosikan produk pertanian dengan harga berpatutan.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ia merupakan usaha mempromosikan produk-produk pertanian dan pada masa sama mendidik masyarakat untuk berbelanja secara berhemah ekoran kos sara hidup yang tinggi sekarang.

“Penganjuran fiesta membantu menjana aktiviti kemasyarakatan di Putrajaya dan mempromosikan Putrajaya sebagai destinasi pelancongan menerusi jualan produk-produk pertanian khususnya dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) yang menawarkan khidmat bimbingan kepada mereka yang berminat menjadi usahawan tani,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap ketika merasmikan majlis penutup Fiesta Riuh Sakan anjuran akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya serta Kementerian Wilayah Persekutuan yang berlangsung tiga hari sejak Jumaat lepas di Monumen Alaf Baru, Presint 2 di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Tan Sri Aseh Che Mat, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd (Utusan Melayu) Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin, Ketua Pengarang Utusan Melayu Datuk Abdul Aziz Ishak dan Ketua Pengarah Mardi Datuk Dr Sharif Haron.

Para pengunjung berpeluang merasai kelazatan buah-buahan tempatan yang dibawa secara percuma oleh Mardi melalui acara makan sakan yang menghidangkan sebanyak 3,000 pelbagai buah-buahan tempatan.

Acara yang turut diadakan ialah pameran kereta oleh kelab kereta Proton Saga BLM (Prosboc), pertandingan karaoke, permainan rakyat Suka-Suki Telematch dan pelbagai acara menarik, kata Rosman.

Penganjuran fiesta ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan penganjurannya tahun lepas yang turut membantu kerajaan dalam sector pelancongan sempena penganjuran Tahun Melawat Malaysia tahun ini dengan menjadikan Putrajaya, antara destinasi pelancongan.
10176142_629669517121044_1742851090144063495_n
2345

4567