Rencana

Pemimpin Prihatin, Keselesaan Rakyat Jadi Keutamaan

PUTRAJAYA – Sebagai pemimpin bertanggungjawab, Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengadakan lawatan segera ke Zon 6B, Presint 11 selepas mendapat aduan berkaitan masalah bekalan elektrik yang terputus di blok berkenaan.

Beliau telah mengambil inisiatif dan mengadakan perbincangan dengan pihak terbabit untuk mengambil tindakan yang sewajarnya kerana ia melibatkan kepentingan umum.

Dalam masa yang sama, beliau juga turut meluangkan masa untuk bersantai dan mendengar masalah penduduk termasuklah keperluan menaik taraf surau di kawasan terbabit.