Muafakat Membawa Berkat Pastikan Putrajaya Terus Sejahtera
PUTRAJAYA – Setiap permasalahan masyarakat tempatan akan dapat ditangani dan diselesaikan oleh pihak bertanggungjawab dan pemimpin tempatan apabila segala kesulitan dapat dikenalpasti dengan semua pihak mengambil jalan muafakat, saling mengambil berat, hormat menghormati dan memahami amanah yang dipikul.
Sehubungan itu, Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengadakan perjumpaan bersama semua imam dan Ahli Jawatan Kuasa surau Putrajaya. Perjumpaan tersebut dibuat dengan matlamat untuk mengetahui setiap masalah yang berbangkit di peringkat akar umbi iaitu mendengar sendiri setiap kerumitan yang berlaku.
“Saya percaya dengan musyawarah seperti ini boleh mengelakkan banyak kemusykilan dan fitnah serta mengeratkan lagi muafakat antara kita semua,” katanya yang menganggap setiap perjumpaan akan dapat merungkai kesulitan yang berlaku.
Dalam hal ini, beliau sebagai wakil rakyat mendengar secara langsung setiap persoalan yang diajukan untuk alternatif terbaik dalam penyelesaian serta berjanji untuk menjadikan keselasaan penduduk sebagai keutamaan.
Perjumpaan tersebut telah berlangsung pada 21 Mei 2014 (Rabu) dengan anggota yang hadir bersama-sama mencapai kata sepakat dan mencari jalan terbaik untuk memastikan kelestarian dan kesinambungan pentadbiran terbaik di Putrajaya.
You must be logged in to post a comment.