Berita

UMNO Putrajaya Bantu Semarakkan Kempen BN Di PRK Teluk Intan

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya turut sama membantu kempen Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan dengan semangat muhibah dan kesungguhan untuk menang. Ahli Parlimen tempatan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama-sama isteri Datin Seri Anggeriani Sentiyaki dan beberapa ahli Jawatankuasa UMNO Putrajaya telah turun padang dan berjumpa rakyat yang bakal mengundi.

Calon BN, Datuk Mah Siew Keong berjanji untuk menjadikan Teluk Intan sebagai pusat pertanian moden di daerah Hilir Perak dalam mentransformasi ekonomi kawasan Parlimen itu sekiranya menang dalam PRK terbabit.

Dari segi pembangunan komuniti, BN akan mewujudkan program rumah mampu milik di bawah Program Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) serta bekalan air, pengaliran dan saluran yang lebih mantap manakala dari segi pendidikan, usaha untuk memastikan sebuah universiti dapat diwujudkan di Teluk Intan, selain memperluas pembinaan pusat komuniti di setiap kampung dan taman.

Sebelum ini, BN telah mewujudkan Teluk Intan Community College.

BN dalam manifestonya memfokuskan tiga perkara utama iaitu transformasi ekonomi tempatan, pelancongan dan pembangunan komuniti yang akan dibuat setelah dikaji dan mampu untuk dilaksanakan.

102

103

104

105

106