Berita

Indahnya Maidatul Rahman Semarakkan Putrajaya

PUTRAJAYA – Maidatul Rahman Putrajaya yang menerapkan konsep berbuka puasa beramai-ramai terus berlangsung meriah dengan kehadiran para penduduk tempatan dan orang ramai.

Maidatul Rahman dimulakan sejak hari pertama puasa yang akan berterusan hingga ke- 20 Ramadan di Medan Selera Presint 8 dengan menekankan rasa kesyukuran atas nikmat yang ada.

Program tersebut juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim warga Putrajaya selain amalan gotong-royong yang dilakukan dalam penyediaan juadah serta dapat menyemarakkan amalan bersedekah pada bulan mulia ini.

Sehubungan itu, kepada mana-mana pengunjung yang berkesempatan berkunjung ke Putrajaya dipelawa untuk berbuka puasa bersama-sama dengan para penduduk tempatan dalam ruang yang terbuka dan makanan yang disediakan.

101

102

103

104

105