Takziah Keluarga Muhammad Kamal, Langkah Keselamatan Diambil
PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Kamal Sallehodin yang meninggal dunia di tapak Bazar Ramadan, Presint 2, Putrajaya Selasa lalu.
Muhammad Kamal, 34, kakitangan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar meninggal dunia selepas tergelincir dan terjatuh ketika melangkah untuk melintasi longkang seluas kira-kira satu meter untuk membeli juadah berbuka puasa.
Allahyarham disahkan meninggal dunia secara mengejut akibat serangan penyakit jantung menerusi laporan bedah siasat Hospital Putrajaya terhadap Allahyarham.
Sehubungan itu, langkah keselamatan telah diambil oleh Perbadanan Putrajaya dengan meletakkan pagar di sepanjang longkang terbabit bagi mengelakkan kejadian yang buruk berulang kembali.
You must be logged in to post a comment.