Festival Ramadan Putrajaya Untuk Rakyat Tempatan
Festival Ramadan Putrajaya 2014 diadakan sebagai kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan keperluan bulan puasa dan Hari Raya dengan harga yang berpatutan dengan konsep festival yang menggabungkan unsur-unsur keagamaan dan perniagaan untuk manfaat kepada pengguna Islam.
Festival itu diadakan di sekitar Kompleks PPj, Kiblat Walk dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3 di sini dan dibuka dari pukul 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.
Antara aktiviti yang diadakan sepanjang festival bermula 29 Jun hingga 27 Julai itu ialah jualan juadah makanan, jualan barang keperluan Hari Raya dan aktiviti keagamaan termasuk ceramah agama yang menampilkan penceramah popular seperti Ustaz Kazim Elias.
You must be logged in to post a comment.