Menjalin Silaturrahim Dalam Maidatul Rahman
PUTRAJAYA – Golongan musafir dan yang kurang berkemampuan mendapat perhatian khas dengan juadah berbuka puasa secara percuma disediakan oleh UMNO Bahagian Putrajaya menerusi program Maidatul Rahman.
Program yang telah bermula sejak 1 Ramadan akan berlangsung hingg 20 Ramadan ini turut mempelawa para penduduk temapatan untuk berbuka puasa bersama-sama.
Dalam usaha untuk menyemarakkan Ramadan yang penuh keberkatan, langkah ini juga dibuat untuk mengeratkan silaturahim antara warga Putrajaya dan pemimpin, selain menghidupkan amalan sedekah.
Di samping menjamu selera, masyarakat tempatan berpeluang berkumpul, dapat beramah mesra dan memberi peluang kepada pemimpin yang ada untuk mengetahui masalah yang dihadapi penduduk secara tidak langsung.
You must be logged in to post a comment.