Berita

Nuzul Al-Quran Wadah Penghayatan Islam

PUTRAJAYA – Peristiwa Nuzul Al-Quran adalah satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada untuk dijadian panduan seharian kepada umat manusia hari ini. Dalam hal ini, Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat menyambut hari kebesaran kepada semua umat Islam dan semoga peristiwa tersebut dapat dihayati dalam memastikan Islam terus dimartabat dan syiarnya terus dikembangkan.

Katanya, peristiwa Nuzul Al-Quran perlu diselami agar kita dapat kembali ke al-Quran dan sunnah sebagaimana sepatutnya dan diaplikasi dalam masyarakat untuk mengukuhkan perpaduan seluruh umat Islam tanpa mengira latar belakang agama, perbezaan atau kedudukan yang ada.

“Jadikanlah Nuzul Al-Quran ini sebagai wadah untuk kita terus memperkukuh Islam,” katanya.