Berita

Manfaatkan Hari Lebaran Bersama Masyarakat dan Anggota UMNO

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengadakan mesyuarat dengan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian terbabit dalam usaha memastikan pengukuhan UMNO di Putrajaya terus berlangsung lancar.

Katanya, walaupun dalam suasana Ramadan dan bakal menyambut Hari Lebaran, sewajarnya masa yang ada terus dimanfaatkan dengan mendekati orang ramai dan bersama-sama masyarakat setempat dalam apa jua keadaan.

Dalam kesempatan tersebut beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya kepada semua anggota AJK terbabit dan berharap agar penglibatan mereka dalam memastikan perjuangan UMNO terus bersemarak.

Mesyuarat tersebut telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Kementerian Wilayah Persekutuan pada 23 Julai 2014 (Rabu).

10454331_709801899055095_4545364679590874968_n

10487542_709801619055123_7702359717015710234_n

10547522_709801832388435_8036682796804490244_n

10559839_709801789055106_6360151426534963816_n