Berita

Kemeriahan Aidilfitri Dirai Bersama

Putrajaya – Aidilfitri terus dirai dengan dimanfaatkan dalam majlis sambutan rumah terbuka yang diadakan oleh para penduduk tempatan. Kesempatan ini diguna sepenuhnya oleh anggota masyarakat untuk saling beramah mesra dan bermaaf-maafan dalam suasana yang harmoni dan meriah. Turut serta meraikan kemeriahan hari raya ini ialah Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang hadir bersama isterinya, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki pada majlis hari raya yang berlangsung pada 10 Ogos 2014.

Majlis jamuan hari raya Persatuan Penduduk Presint 14B dihadiri bersama AJK penduduk tempatan. Beliau juga telah meluangkan masa dalam majlis hari raya Persatuan Penduduk Putra Damai Presint 11yang berlangsung di dewan Blok C Putra Damai Presint 11.

011

013

014

01

02

03