Berita

Seluruh Negara Bertafakur, Bersatu Dalam Kedukaan

PUTRAJAYA – Seluruh negara bertafakur sebagai penghormatan kepada 20 rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 selepas jenazah mereka tiba di tanah air dengan sebuah pesawat khas dari Belanda.

Dalam masa yang sama, warga Putrajaya turut berdukacita dan sama-sama merasai kehibaan dalam berdepan dugaan ini.

Jenazah kru teknikal pesawat MH17, Ahmad Hakimi Hanapi , 29 dan pramugari, Nur Shazana Mohamed Salleh, 31, selamat dikebumikan di tanah pekuburan Presint 20 di sini.

Ketibaan jenazah telah disambut oleh Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama dengan Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Jamil Khir.

Bacaan talkin telah dibuat oleh Imam Besar Masjid Tuanku Mizan.

Kira-kira 500 tetamu terdiri daripada waris, ahli keluarga, rakan sekerja dan orang ramai hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah.

Jalur Gemilang dikibar separuh tiang ketika negara 30 juta penduduk ini bersatu dalam hiba bagi mengenang 20 warganya yang diragut maut apabila pesawat berkenaan bersama 298 orang terhempas bertaburan di timur Ukraine pada 17 Julai, suatu peristiwa menyayat hati yang mengejutkan seluruh dunia.

60681_10152405144574998_1713582905882839184_n

1908068_903494216346035_8348278218646089542_n

10592856_903539109674879_324706503422499687_n

10603761_903494696345987_6797145893017711628_n

10616141_903539309674859_5489057501945243531_n

10639605_903494576345999_6901833645113867479_n