Berita

Solat Hajat Mendoakan Kecemerlangan Anak-anak UPSR

PUTRAJAYA – Keprihatinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya bersama Biro Agama Pemuda Bahagian Putrajaya terserlah dalam memastikan masyarakat tempatan sentiasa bersedia menghadapi cabaran termasuklah menjelang peperiksaan UPSR bagi para pelajar darjah enam. Sehubungan itu, dengan kerjasama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya solat hajat telah dilakukan yang turut disertai semua AJK dan para penduduk tempatan serta para pelajar darjah enam di seluruh Putrajaya pada 28 Ogos 2014, Khamis. Semoga dengan usaha dan doa yang dilakukan, anak-anak yang bakal menjadi pewaris generasi masa hadapan ini akan beroleh kecemerlangan dan menjadi penyambung perjuangan agama, bangsa dan negara.
10429423_946632028685419_7957965690051728976_n

10550008_946631925352096_1844398977534728641_o