Selamat Hari Kemerdekaan, ‘Malaysia: Di Sini Lahirnya Cinta’
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia
Alhamdulillah, bersemarak negara kita Malaysia dalam meraikan hari kemerdekaan ke -57 tahun. Sememangnya sepanjang usia kemerdekaan ini pelbagai dugaan yang telah kita tempuhi malah baru-baru ini kita juga telah diduga dengan tragedi yang amat hebat apabila kita kehilangan pesawat MH370 dan kemudiannya tragedi MH17. Tragedi ini menduga kita yang menjadikan kita lebih kukuh dan utuh atas nama perpaduan demi Malaysia. Di sini lahirnya cinta, tanah tumpah air kita dan tentunya di sinilah kasih dan nilai patriotik kita akan terus kukuh kerana Malaysia bumi bertuah.
Demi masa hadapan, demi kesinambungan kesejahteraan anak-anak kita dan untuk keamanan masa hadapan marilah kita terus semaikan perpaduan dalam masyarakat. Inilah azimat utama yang memperteguh Malaysia sehinggakan negara kita hari ini mampu berdiri kukuh menjulang ‘jalur Gemilang’ di persada antarabangsa.
Kepada warga Putrajaya, marilah kita terus memanfaatkan kehidupan kita dengan menjadikan kelestarian persekitaran kita ini sebagai contoh sebagaimana Putrajaya sebagai bandaraya termoden di negara ini.
Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-57.
TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR
Menteri Wilayah Persekutuan/ Ahli Parlimen/ Ketua UMNO Bahagian Putrajaya