Berita

Muafakat Keluarga Besar Putrajaya Raikan Hari Lahir

PUTRAJAYA- Perpaduan dalam masyarakat terus disemai dengan pemimpin tempatan membuktikan keprihatinannya apabila sama-sama meraikan ulang tahun kelahiran para pengundinya dalam satu majlis yang meriah. Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah meraikan para pengundinya di Presint 8 dalam majlis sambutan hari jadi beramai-ramai pada Rabu, 3 Sept. 2014 di Dewan Serbaguna Kementerian Wilayah Persekutuan.

Turut hadir dalam majlis yang meraikan 400 pengundi tersebut ialah isteri beliau, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki bersama Ketua Pergerakan Wanita Putrajaya, Puan Saadiah Bakar dan AJK Bahagian terbabit. Semoga segala usaha murni dalam memastikan setiap warga Putrajaya mendapat perhatian dan keselesaan akan terus dihargai dan setiap individu sama-sama memupuk ukhwah demi kelestarian Putrajaya.

10632787_727742637261021_8778838709485025781_n

10672385_727742683927683_7430925283368350373_n

10678675_727742597261025_6836239620992956220_n

10689807_727742737261011_5699910595311013605_n