Berita

UMNO Perlukan Kebijaksanaan Baharu Tangani Perubahan Masyarakat – Muhyiddin

PUTRAJAYA – Umno memerlukan kebijaksanaan baharu untuk menguruskan perubahan dalam masyarakat bagi memastikan parti itu kekal berkuasa dan relevan, kata Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata kebijaksanaan baharu itu diperlukan kerana masyarakat kini semakin berubah berbanding kira-kira 10 atau 20 tahun dahulu.

“Ia bukanlah masa yang mudah (bagi Umno sekarang)…perubahan dalam masyarakat sekarang adalah sangat mencabar dan boleh dikatakan sukar.

“Umno masih relevan dan untuk kekal releven, Umno kena faham ekosistem dalam masyarakat supaya dapat memahami perubahan kehendak dan pemikiran pengundi,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Putrajaya 2014 di sini, malam ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata Umno juga menyedari bahawa lebih maju sesebuah kawasan itu, lebih tinggi harapan penduduk di kawasan berkenaan terhadap pemimpin.

Muhyiddin menjelaskan bagi memastikan sokongan orang Melayu terhadap Umno bukan sahaja terus kukuh, parti itu perlu memberi peluang dan ruang kepada orang muda untuk memimpin di peringkat cawangan dan bahagian.

“Peluang dan ruang kepada golongan muda dapat membantu Umno untuk bergerak senada dengan kehendak masyarakat pada hari ini,” katanya.

10612877_919077958120994_3794529318853246771_n

DSC_7355-e1411059649851

DSC_7359-e1411059748144