Keprihatinan Penduduk Pastikan Masalah Sekitar Dapat Diselesaikan
PUTRAJAYA – Keprihatinan para penduduk tempatan dalam melaksanakan kerjasama dengan pemimpin dapat menyelesaikan masalah berbangkit sebagaimana aduan kerosakan lif di blok 14B Presint 14 yang diterima hasil aduan penduduk membawa kepada tinjauan segera oleh Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Dalam masa yang sama, beliau turut hadir dengan pihak berkuasa bahagian hartanah JPM untuk meninjau dan meneliti masalah berbangkit yang kemudiannya didapati kerosakan lif terbabit adalah akibat daripada perbuatan anak-anak yang bermain pili bomba di atas dan memancutkan air ke dalam lif sehinggakan memasuki sirkit lif dan mengakibatkan kerosakan.
Hasil tindakan segera, satu daripada tiga lif yang ada dapat ditangani sementara yang lain akan diselia dengan kadar yang segera.
Berikutan itu, beliau melahirkan rasa dukacita dengan tindakan segelintir pihak yang lalai dalam menyelnggara kemudahan awam termasuklah pili bomba yang tidak bertutup dan tidak berkunci dengan baik sehinggakan dijadikan alat mainan oleh anak-anak kecil.
“Saya mohon maaf kepada pendudduk yang telah mengalami kesulitan terutamanya pada ibu-ibu yang mengandung dan OKU yang terpaksa menggunakan tangga beberapa hari ini untuk urusan harian,” katanya.
Dalam masa yang sama, beliau meminta ibu bapa untuk memantau anak-anak yang bermain agar tidak melakukan kerosakan dan menyalahguna keperluan awam yang kemudiannya akan menyusahkan semua pihak.
“Saya juga meminta semua penduduk untuk sama-sama memastikan persekitaran sentiasa terjaga dan mengawasi anak-anak dari sebarang gejala yang tidak sihat.
“Terima kasih atas kerjasama semua dalam membantu saya melaksanakan tanggungjawab dan saya berharap agar kerjasama berterusan dan sokongan dari semua pihak,” katanya lagi.
Beliau turut melahirkan penghargaan kepada kepada ketua cawangan blok dan jawatankuasa penduduk yang turut prihatin dengan masalah yang ada.
You must be logged in to post a comment.