Berita

Manfaatkan Setiap Ruang Bersama Masyarakat Setempat

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak orang ramai agar memanfaatkan setiap ruang yang ada bersama masyarakat setempat sebagai usaha memastikan permuafakatan terus terjalin. Katanya apa-apa sahaja aktiviti penduduk tempatan perlulah terlibat sama bagi memastikan silaturrahim dan kesepakatan sentiasa terpelihara.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki En Amir Onn dari Kementerian Wilayah yang sekarang bertugas di Labuan. Majlis berlangsung di Dewan Seri Siantan Perbadanan Putrajaya pada 19 Okt 2014, Ahad berlangsung dengan meriah yang turut dihadiri oleh sanak saudara dan rakan taulan menmpelaI. Beliau turut mendoakan agar pasangan pengantin akan berbahagia hingga ke akhir hayat.

1800197_747928598575758_4098001012370732497_n

10447853_747928805242404_91099037536129027_n