BeritaUcapan

Salam Maal Hijrah, Manfaatkan Hijrah Untuk Masa Hadapan

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak rakyat tempatan untuk memanifestasikan awal Muharam dengan semangat hijrah demi kebaikan masa hadapan.

Katanya, sebagaimana tema sambutan tahun ini iaitu ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’ maka sewajarnya menjadi keutamaan kepada semua individu untuk meningkatkan tekad bagi menyemai muafakat yang akan mempereratkan perpaduan.

“Perpaduan adalah kunci kepada kemanan dan kesejahteraan yang kita nikmati selama ini maka sewajarnya ia perlu terus kita perteguhkan dari hari ke hari,” katanya.

Sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan akan diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 1 Muharam 1436 bersamaan 25 Okt 2014, Sabtu pada pukul 8 pagi.