Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya
PUTRAJAYA – Penganjuran Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya 2014 (PIIACUF) dianggap sebagai platform terbaik untuk menunjukkan keindahan dan kedamaian Islam kepada dunia.
Festival ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 31 Nov 2014, dengan turut disertai Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya
Penganjuran festival itu di pusat pentadbiran negara, Putrajaya, juga dapat menampilkan simbol Islam menerusi senibina bangunan-bangunan yang terdapat di kawasan ini.
Festival empat hari itu yang bermula pada 30 Okt, Jumaat, bertemakan “Kejaiban Dunia Islam”.
Ia diserikan dengan 200 program dan aktiviti yang turut disertai negara-negara Islam termasuk dari Kyrgyzstan, Palestin dan Mesir malah dijangka mampu menarik lebih 250,000 pengunjung.
You must be logged in to post a comment.