Selamat Menempuh Peperiksaan SPM
PUTRAJAYA – Pada tarikh 3 November ini, para pelajar tingakatn lima akan berdepan dalam peperiksaan besar iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tentunya akan menjadi satu lagi titik baharu kepada golongan remaja terbabit. Sehubungan itu, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya telah mengadakan majlis solat hajat dan bacaan yassin bagi mendoakan kejayaan para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan kelak.
Program tersebut diadakan di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin pada Khamis, 30 Okt 2014 dengan kehadiran para pelajar bersama-sama ibu bapa mereka. Turut serta dalam majlis tersebut ialah ketua Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya, Sdr.Ahmad Faisal Abdul Karim.
Semoga segala usaha dan penat lelah sepanjang belajar akan dimanfaatkan oleh para pelajar selain doa yang tidak pernah putus dari ibu bapa dan para pemimpin tempatan agar mereka mencapai kejayaan yang cemerlang. Selamat Menempuh peperiksaan SPM.
You must be logged in to post a comment.