Berita

Siswa@Kampung Satukan Masyarakat dan Mahasiswa

PUTRAJAYA – Majlis Perasmian Program Siswa@Kampung 2014 yang berlangsung di Kelab Tasik Presint 8 Putrajaya merealisasikan impian mahasiswa untuk bersama-sama rakyat tempatan dan juga pemimpin masyarakat. Melalui program yang telah disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor para pelajar terbabit telah dapat bersama-sama dalam satu majlis yang mendekatkan mereka dengan semua lapisan masyarakat, termasuklah pemimpin tempatan dan orang ramai.

Seramai 124 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang terlibat dalam program anak angkat bersama Komuniti Putrajaya yang diadakan pada 6 Dis 2014, Sabtu. Dalam majlis ini, mereka yang terlibat telah mengadakan persembahan termasuklah nyanyian, lakonan dan sketsa yang amat menghiburkan.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah isteri beliau, Datin Seri Anggraini Sentiyaki, bersama dengan Datuk Mohd Rahimi Rejab, Setiausaha Sulit Kepada Menteri Wilayah dan Tuan Hj Roslan Abu Hanif selaku Ketua Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya.

10170750_771056039596347_1479742924385458092_n

10256234_771055722929712_1837728998700471279_n

10845960_771054962929788_2289653927007897467_n

10850046_771055282929756_8408407392603186418_n