Berita

Wilayah Prihatin Pastikan Warga Putrajaya Dapat Pembelaan

PUTRAJAYA – Program bulanan bantuan Wilayah Prihatin Bahagian Putrajaya yang bertujuan memberi bantuan kepada masyarakat turun padang dengan menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan sokongan bukan sahaja dari segi moral tetapi juga keperluan harian bagi meringankan beban mereka.

Sehubungan itu, Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya, Puan Husna Abdul Rahaman telah berkunjung ke Putra Damai Presint 11 dan blok A Zon 4A Presint 11 pada Khamis, 17 Dis 2014 dengan menyampaikan sumbangan yang merupakan barang-barang keperluan harian bagi pihak UMNO Bahagian Putrajaya.

Dalam masa yang sama, Pergerakan Sayap Wanita UMNO Bahagian Putrajaya turut turun padang dalam membawa misis Wilayah Persekutuan Prihatin dengan ketuanya sendiri Puan Sadiah Bakar telah menyampaikan bantuan kepada golongan orang kurang upaya (OKU), orang susah dan mereka yang baru ditimpa kemalangan.

Wilayah Persekutuan Prihatin ini bergerak dengan tujuan memastikan setiap yang susah mendapat bantuan, setiap yang sakit mendapat penawar, setiap yang uzur mendapat pembelaan agar yang berat jadi ringan dan keperitan hidup dapat dikongsi bersama.

1555329_776678805700737_6959423102362147882_n

1780942_776308895737728_5079645761114934556_o

10669995_776308832404401_5272980595746256960_n

10714181_776678785700739_341766226816206533_o

10749990_776308852404399_5650261399964674282_o

10865988_776678852367399_4146769625485109090_o