Berita

Kebajikan Rakyat Tumpuan Utama Pastikan Kesejahteraan

PUTRAJAYA – Matlamat dalam mencapai masyarakat sejahtera dilaksana dalam semua agenda termasuklah mengutamakan kebajikan para penduduk yang dilaksana melalui Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya. Biro tersebut bergerak aktif dengan mengenalpasti para penduduk yang ditimpa musibah, berada dalam kesusahan dan mereka yang tidak bernasib baik.

Selaras dengan itu, satu lawatan ke rumah pesakit-pesakit di Presint 9 telah diadakan pada 22 Disember 2014, Isnin dengan diketuai oleh Saudara Hamid selaku Timbalan Pengerusi Biro bersama AJKnya untuk menyampaikan sumbangan serta menghulurkan bantuan.

Semoga kunjungan daripada UMNO Bahagian Putrajaya ini sedikit sebanyak akan mampu mengurangkan bebanan yang ditanggung pesakit selain berkongsi sokongan moral kepada mereka dalam meneruskan kehidupan seharian.

10885350_778657388836212_5994734560866941487_n