Berita

Warga Putrajaya Sertai UMNO WP Untuk Misi Bantuan Banjir

PUTRAJAYA – Keprihatian dan semangat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing terus menyelinap dalam diri warga Putrajaya apabila turut terlibat bersama UMNO Wilayah Persekutuan untuk Misi Bantuan Pasca Banjir di Pantai Timur. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan telah melepaskan sukarelawan terbabit di Ibu Pejabat UMNO, PWTC yang akan terlibat dalam membantu mangsa banjir di Tanah Merah, Kelantan. Pelepasan ini telah berlangsung pada 9 Jan 2015, Jumaat yang dimulakan dengan bacaan doa seterusnya ucapan ringkas dari Datuk Seri Tengku Adnan.

Dalam ucapannya, beliau amat menghargai usaha berterusan UMNO Wilayah Persekutuan dan bahagian-bahagian terlibat termasuklah mengumpulkan seramai 250 sukarelawan bagi membantu rakyat Malaysia yang dilanda musibah di Pantai Timur.

10547941_1005718666110834_8420734080544899399_o

10679589_1005711489444885_9157176981001531167_o

10914753_789783831056901_60533121336520743_o

10917874_789783684390249_3888472238397249594_n