Berita

Gunting Rambut Percuma Untuk ‘Back To School’

PUTRAJAYA – Menjelang sesi persekolahan yang bakal bermula Isnin ini, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya telah mengadakan program gunting rambut secara percuma pada Sabtu, 10 Jan 2015. Program yang berlangsung di Presint 9 ini terbuka kepada warga Putrajaya yang berusia enam hingga 17 tahun. Inisiatif tersebut dibuat sebagai langkah untuk menggalakkan anak-anak mempunyai imej kemas dan rapi apabila memulakan sesi persekolahan kelak.

10929021_790340777667873_8270956379197964788_n