Berita

Sumbangan Untuk Mangsa Banjir Diteruskan

PUTRAJAYA – Sumbangan untuk mangsa banjir bagi Parlimen Putrajaya yang diselia oleh Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya terus dialu-alukan. Usaha ini dibuat bagi meringankan beban mangsa banjir di seluruh negara khususnya di Pantai Timur.

Orang ramai termasuklah para penduduk tempatan boleh menyumbangkan barang-barang kelengkapan dan keperluan asas harian terutamanya makanan serta lampin pakai buang dengan menyerahkannya ke Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Putrajaya yang terletak di Presint 15. Diharapkan usaha berterusan tersebut akan mendapat sokongan dari semua pihak.

10392503_790336527668298_4686181425642015300_n

10929213_790336634334954_2937298137881854094_n