Berita

Karnival Kerjaya Dan Kemahiran Remaja Bantu Belia Rancang Masa Hadapan

PUTRAJAYA – Golongan remaja perlu membuat pilihan yang tepat bagi memastikan kelangsungan kejayaan pada masa hadapan. Sehubungan itu, Karnival Kerjaya Dan Kemahiran Remaja telah diadakan khusus untuk golongan remaja yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM dan kemudiannya bakal membuat pilihan untuk pembelajaran seterusnya berasaskan bidang atau kemahiran masing-masing. Ia dibuat bagi membantu merancang perjalanan mereka ke institusi pengajian tinggi selepas tamatnya persekolahan.

Karnival tersebut telah berlangsung dengan jayanya pada 1 Mac 2015 dengan perasmian penutupnya telah disempurnakan oleh Datuk Nordin Hasan, Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya di Sek Men Keb Putrajaya Presint 16 (1). Semoga dengan garis panduan dan pendedahan awal yang diberikan kepada golongan remaja terbabit akan dapat mendorong mereka untuk membuat keputusan yang tepat bagi mewarnai masa hadapan mereka.