Berita

Selamat Berkursus, 200 Ahli UMNO Putrajaya Sertai KERIS 2314

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat berkursus kepada seramai 200 ahli UMNO Putrajaya yang akan berkampung di Institut Latihan Memperkasa UMNO (ILMU), Kampung Janda Baik, bermula 6 – 8 Mac 2015 bagi mengikuti kursus KERIS 2314.

Katanya, peserta kursus akan didedahkan kepada perjuangan dan permasalahan berkaitan kekangan yang sedang dihadapi untuk bergerak maju ke hadapan.

“Saya berkeyakinan modul yang disediakan akan menyuntik semangat yang baharu dimana mereka diingatkan betapa pentingnya menjadi ahli sebuah pertubuhan siasah dengan yakin terhadap perjuangan parti tersebut,” katanya yang juga Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya.

Program KERIS 2314 dicetuskan dari keprihatinan kepimpinan UMNO terhadap masa depan dan lanskap politik serta survival orang Melayu dalam menangani empat isu penting iaitu Islam sebagai agama kepada Persekutuan, Hak-hak keistimewaan orang Melayu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan Institusi Raja sebagai Ketua Agama Islam dan simbol perpaduan rakyat.

1956755_815314618503822_1992682414848706157_o

11025154_814870758548208_1940750529405766093_n

11029483_814674781901139_6656388501400382100_n