Rencana

Tengku Adnan Bersama Meriahkan Majlis Perkahwinan

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah meluangkan masa PADA Sabtu, 28 Mac 2015 untuk bersama-sama masyarakat tempatan khususnya warga Putrajaya yang meraikan majlis perkahwinan.

Beliau telah mengahadiri majlis perkahwinan putera Puan Latifah di Dewan Presint 15-12B Presint 15 Putrajaya dan kemudiannya ke majlis perkahwinan Puteri En. Mahmad dan Puan Nor Sham yang diadakan di Dewan Serbaguna P 5R4 Presint 5 Putrajaya.

Seterusnya, beliau telah ke Dewan Kompleks Kejiranan Presint 16 Putrajaya untuk menghadiri majlis perkahwinan Puteri En. Abu Salim dan Puan Fatiman dan kemudiannya ke majlis perkahwinan putera En. Zahari dan Puan Nafisah yang berlangsung di perkarangan Surau Al-Falah Putrajaya Fasa 3&4 Presint 9 Putrajaya.
Beliau melahirkan rasa gembiran kerana dapat bersama-sama memeriahkan majlis yang berlangsung dan berdoa semoga pasangan pengantin baru akan berkekalan dan berbahagia hingga ke akhir hayat.

11075032_825115257523758_9190091285160809869_n

11081205_825115227523761_2253556606305179135_n

11084278_825145727520711_5455092995899500826_n

11084280_825129800855637_3643875399558357057_n

11102651_825156474186303_8336904230755458579_n

11102731_825129874188963_969896574676547438_n