Berita

Manfaatkan Pendidikan Untuk Kecemerlangan Masa Hadapan

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak warga tempatan khususnya golongan muda yang terdiri dari para pelajar untuk memanfaatkan semua peluang yang termasuklah pengetahuan bagi menyambung pengajian dan bidang yang bakal diceburi agar dapat terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Katanya, kerajaan telah membuka ruang seluas-luasnya kepada generasi muda untuk menyambung pelajaran.

“Guru-guru dan ibu bapa sebagai pemangkin minat anak-anak harus memainkan peranan untuk meyakinkan mereka bahawa melalui pendidikan, mereka mampu mengubah masa hadapan menjadi lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian Karnival Pendidikan Bersempena Mesyuarat Agung PIBG ke-7 Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya P 18 (1) yang diadakan pada Sabtu, 4 April 2015.

Beliau berharap para ibu bapa dan guru akan dapat mengembling tenaga bersama bagi memastikan para pelajar sentiasa memberi fokus kepada proses penambahan ilmu dan membina kejayaan masa hadapan.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Datuk Mohd Rahimi Rejab iaitu SUSK Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Nordin Hasan selaku Naib Ketua UMNO Bahagian dan juga guru- guru, ibu bapa serta para pelajar.

image1 (4)

10325324_828724387162845_4984899479223096997_n

10653470_828724263829524_8247945091731097609_n

11082562_828724323829518_2652684761239720985_n