Kebajikan Rakyat Terus Jadi Keutamaan
PUTRAJAYA – UMNO sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat khususnya yang ditimpa kesusahan dan keuzuran sebagaimana yang digerakkan melalui Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya.
Keprihatinan yang ditunjukkan bukan hanya sekadar melahirkan rasa simpati namun turut mengunjungi mereka dengan memberikan sokongan moral dan sedikit sumbangan termasuklah kepada mereka yang mendapat rawatan di Hospital Putrajaya.
Lawatan Biro Kebajikan ke rumah pesakit dan juga Hospital Putrajaya telah dilakukan pada Selasa, 7 April 2015 dengan diketuai oleh Saudara Sahul Hamid selaku Timbalan Pengerusinya. Lawatan tersebut turut disertai ahli Jawatankuasanya yang menziarahi KPC Bunga Padi, En. Mohd Dzohir di hospital yang mengalami minor
strok termasuklah Puan Isamah Awi dari Cawangan Bunga Kaktus yang mendapat rawatan.
Semoga warga Putrajaya yang ditimpa kesulitan akan dikembalikan kesihatan dan kesejahteraan untuk kelangsungan masyarakat yang berpanjangan.
You must be logged in to post a comment.