UMNO Putrajaya Aplikasi ‘Street Dakwah’ Dekati Golongan Muda
PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya mengunakan pendekatan berbeza dalam usaha untuk mendekati masyarakat khususnya golongan muda sebagaimana ‘Street Dakwah’ yang diaplikasikan. Lebih menarik apabila pemimpin tempatan turut serta bagi memastikan usaha dakwah jalanan yang dibawa berlangsung dengan jayanya sebagaimana Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merangkap Ahli Parlimen Putrajaya.
Program dakwah jalanan yang berlangsung pada 11 April 2015, Sabtu di Presint 15 mendapat sambutan menggalakkan dari orang ramai khususnya khlayak tumpuan iaitu generasi muda. Solat Maghrib yang diadakan secara berjemaah juga berjalan dengan lancar biarpun hujan namun acara yang dijadualkan tidak tertangguh.
Turut diadakan tazkirah selepas solat Maghrib yang disampaikan oleh PU Sufian.
Semoga usaha berterusan dalam membawa generasi muda untuk terus akrab dengan kehidupan yang sihat dan berlandaskan tuntuta agama akan mendapat keberkatan dan dilimpahi rahmat oleh-Nya.
You must be logged in to post a comment.