UMNO Menyiram Bakti Menyemai Budi Untuk Kesejahteraan Semua
PUTRAJAYA – Dalam menjalani kehidupan seharian pastinya akan ada yang dilanda kegelisahan lantaran beban kehidupan lantas UMNO Bahagian Putrajaya melalui Biro Kebajikannya tampil untuk bersama-sama dalam memikul yang berat dan menjinjing yang ringan.
Keutamaan bagi UMNO Putrajaya yang digerakkan oleh biro terbabit adalah untuk memastikan setiap warga di dalamnya berada dalam keadaan selesa dan mendapat kehidupan yang terbaik sebagaimana hasrat kerajaan untuk tampil maju dalam semua aspek.
Biro tersebut telah berkunjung menziarahi mana-mana individu yang tidak sihat, mendapat keuzuran, ditimpa musibah dan kesusahan dengan memberikan sokongan moral serta menghulurkan sedikit sumbangan dalam bentuk kewangan agar dapat meringankan apa-apa yang terbeban.
Terbaru, biro tersebut telah berkunjung ke Fasa 4 di Presint 9 selain Presint 11 serta mengenalpasti individu yang uzur di Putrajaya. Semoga dengan bantuan ikhlas yang diberi akan dapat menjadi penawar kepada kesakitan yang dialami.
You must be logged in to post a comment.