Berita

Kelancaran Mesyuarat Cawangan UMNO Bukti Kesepaduan Anggotanya

PUTRAJAYA – Mesyuarat perwakilan UMNO cawangan yang bermula 13 Mac lalu telah diaplikasi sepenuhnya oleh UMNO Bahagian Putrajaya dengan cawangan-cawangan yang ada menggerakkan persidangannya sebagaimana tuntutan parti dan kepatuhan kepada Perlembagaan UMNO.

Dalam hal ini, Ketua-ketua Bahagian dan anggota di akar umbi sedar bahawa mesyuarat Cawangan adalah medan penting kepada parti untuk mendapatkan maklum balas dan apa-apa perkara yang perlu dijadikan keutamaan bagi diketengahkan kepada pihak kepimpinan parti.

Terbaru, pada 22 April 2015, Rabu, mesyuarat Cawangan telah dibuat membabitkan UMNO Cawangan Bunga Tanjung yang diadakan di Presint 16, UMNO Cawangan Bunga Kekwa berlangsung di Dewan Komuniti Blok 4F Fasa 4, Presint 9 sementara UMNO Cawangan Bunga Lawang dibuat di rumah Komuniti 5R4 Presint 5 dan sehari sebelumnya Mesyuarat Agung UMNO Cawangan Bunga Sakura di Presint 14 turut dibuat.

Beberapa perkara berbangkit ketika mesyuarat seperti aduan dan cadangan dianalisa dalam perbincangan sebelum dipersetujui untuk di bawa kepada kepimpinan UMNO bahagian agar kelestarian dan kekukuhan UMNO terus diperkasa selari dengan perkembangan persekitaran di Putrajaya.

Mesyuarat perwakilan UMNO cawangan akan berakhir pada 2 Mei ini.

17613_835687739799843_8512103565679071964_n

10923285_835687856466498_1096563309667852764_n

15818_836084599760157_2856264427412072093_n

11146594_836084209760196_681165059473128936_n

10676171_836078726427411_1666176219139320022_n

11109191_836078609760756_184645008938173017_n

11150152_836078839760733_2066630271367865918_n

11017450_836109633090987_9198211989064272221_n

11150389_836109546424329_5273783474357520384_n

11156208_836109599757657_9007248496923317950_n